Hey, its me again. MeOw!๐
7 bulan dah
berlalu, aku rindu hidup dekat kolej ๐, aku rindu saat saat rakan rakan ada
bersama, lepak lepak sampai pagi sambil buat assignment. Sekarang hidup aku dan
yang laen laen dah berubah. Kami dah menuju ke haluan masing masing. Aku still
tak faham selok belok kehidupan ni, tu bermakna aku masih mentah dan masih
capable untuk buat kesilapan setiap hari.
Aku terasa kosong dan kadang kadang
terasa nak gila.
Kesunyian ๐ญ, Loneliness, Tired of Life... haishhh
(mengeluh) Kesunyian membawa definisi yang besar. Sesetangah orang mencari cara
masing2 untuk mengisi kekosongan hidup. Sama juga macam korang, akan ada saat
saat dimana kita aku mengimbau memori silam yang sedih, yang memilukan hati. Di
saat itu, samada kita nak ambil pengajaran dari apa yang terjadi atau kita nak
endahkan aje semua tu dan teruskan kehidupan. Secara peribadinya, aku sukakan
kesunyian kerana itu adalah reality. Saat saat gembira hanyalah sementara dan
bagi aku, setiap kegembiraan akan diakhiri dengan kesunyian dan kesedihan.
Walaubagaimanapun, tanpa kegembiraan tiadalah kehidupan. Blog ini dah lama
menjadi tempat aku luahkan perasaan, walaupun public aku still xkisah siapa yang
membacanya. Disinilah akan tertulis segala isi hati aku dan rahsia rahsia aku,
tiada kerugian yang akan aku hadapi jika aku menceritakan segala masalah aku
disini cause I have nothing to lose.
Usia semakin
meningkat dan zaman semakin berubah, Going through the adult life. media social mendedahkan kita dengan isu
isu yang baru dan terkini. Ramai kawan kawan aku dah sambung belajar ke
peringkat ijazah, namun aku masih buntu dengan perancangan hidup aku. Aku hanya
ada aku, bagi sesetengah orang yang lain, ibu bapalah yang menjadi penasihat
mereka. Namun aku, aku hanya ada diri aku dan prinsip manusia sentiasa berubah
begitu jugalah aku.
๐ฃ 1
Oktober 2016, genap 1 bulan aku bekerja. Pada jam 1.12 tengahari, aku terima
makluman yang rayuan aku untuk sambung belajar di ipts dalam kursus
kejuruteraan elektrikal diterima dan sesi pendaftaran pada tengah bulan itu. Pada waktu tu, aku buntu kemana harus aku
mengatur langkah. Kalau aku berhenti kerja, bukan senang nak dapat peluang
perkerjaan macam ni yang kena dengan minat aku.
Aku pernah dapat job offer dari
OMRON dan diorang tukar jawatan yang aku pohon tu oleh kerana aku tak
cukup sesuai dari segi pengetahuan yang berkaitan. eventhough interview session tu aku xnailed off sgt. Just gambling either dpt or Not. Obviously ..
Dulu, Aku anggap yang
peluang untuk melanjutkan pelajaran adalah satu peluang untuk aku menebus kesilapan
saat dulu dengan berusaha lebih lagi dalam akademik. Namun aku terpaksa menolak
peluang itu kerana aku takut untuk berada di zon selesa selama 4 tahun. Majlis
amanah rakyat (MARA) juga sedang mengalami krisis ekonomi pada tahun itu dan
masih lagi tidak stabil. Mungkin pilihan aku untuk bekerja tidaklah seburuk
yang aku jangkakan.
Pada awalnya, aku merancang untuk teruskan pelajaran aku ke ijazah.
Apakan daya, kita merancang dan Allah yang menentukan. Kini dah genap 6 bulan
aku bekerja dalam minat aku dan aku banyak belajar tentang importance of ATTITUDE.
For me la, attitude adalah satu perkara yang susah untuk dibeli dan dipelajari.
Attitude adalah tunjang untuk jati diri seseorang, maybe kau kene berusaha dan
banyak bersabar melepasi segala kesusahan untuk dapat attitude yang hebat.
Usually during any trouble we shouldn’t avoid them as we should face them as an
act of responsibility, that’s my kind of term while doing professional jobs.
Well,,its not that kind of great power or gift...or curse.. just responsibility. ๐
Bila sembang satu meja dengan kawan kawan lama, diorang tanye apa perancangan
aku, aku jawab yang aku akan keje dulu 3 tahun, simpan duit untuk buat modal
hidup sambung degree nanti, time tu korang semua dah jadi engineer. At that
time, i noticed that I didn’t give a shit about how fast can I have a degree
like I used to anymore. Its weirdla! .
My old dream was to be an engineer at
the age of 25 years old and sekarang aku rasa at my 25th birthday
day I would attend a university registration day instead of job interview
sessions as an engineer.
Aku dah macam tak kisah pasal fast route dalam study.
Anyway, If I am going to be good at my job, I shall do it in a hard way.
Lagipun, my passion is not for the sweet salary as an engineer only tapi ianya
adalah rasa kemanisan teknologi dalam kejuruteraan. Aku tak nak buat benda yang
sama hari hari, aku nak buat sesuatu yang dapat mengubah keadaan dan membawa
kepada kecanggihan. Hahahaha, its doesn’t sound great when I said it in malay.
Or should I say, I wanted to bring changes in modernizing societies through
manipulating technological polarity domestically. Betul dok ayat aku tu? Dulu
sepupu aku selalu cakap yang English aku cam taik. What the hell, I don’t give
a shit anymore about people with negative minds.
1 December 2016,
Aku terima surat pengesahan jawatan aku di STC ๐.
Alhamdulillah, if only my parents were here to see this. I would hug them and
cherish their efforts in raising a manja but stubborn child like myself. If there is
anything that I learned from them, its how we live for our children. Mak ngan
ayah aku dah lama berkorban untuk aku. Aku tak tau pon pasal bende ni
sehinggalah aku berumur 20 tahun, they put up savings for me. Aku bersyukur
kerana mereka meninggalkan aku dengan harta dan asset yang tak seberapa
jumlahnya dan cukup untuk aku memulakan kehidupan sebagai seorang manusia. From
that, I knew my only goal was to invest for my future generations and not for
myself only.
Manusia aku mati, dan zuriatlah
yang menggantikan tempat kita. Tapi persoalannya, apakah yang patut kita
lakukan dalam hidup ini? Jika hanya
untuk berfoya foya dan membeli barang barang yang semestinya tak kekal. Hanya
Allah Maha Adil dan Kekal buat selama lamanya. Bayangkanlah, generasi ke
generasi mengulangi perkara yang sama. Apa yang kita sedang lakukan sebenarnya?
Jika benar2 ini semua adalah ujian untuk kita mengapa kita masih tidak risau
dan tidak mempunyai perancangan untuk perkara yang mendatang. Hahahaha, serius gila ah topik
malam ni.
This
is a random topic, I am merely having a conversation with myself. I just want
to say ; untuk semua graduan di luar sana, bertabahlah! Walau apapun rintangan
yang kita alami di saat ini, remember to always learn something new every
single day. Manalah tau, kot kot benda yang kita belajar tu mampu menjadi asas
untuk idea membangunkan diri dan juga negara. Kerja atau study, sijil, diploma
atau degree, master atau phD, kita semua sama dan apa yang kita miliki harini
tak semestinya kekal. Harini mungkin aku dibawah, 10 tahun yang mendatang
mungkin aku di atas. Same goes to all of us, never underestimate the value of
someone’s determination. Kita tak mungkin akan pernah berada di tempat yang
paling atas kerana kekasih Allah S.W.T adalah Rasulallah S.A.W. jangan samakan
diri kita dengan sesiapa pun. Pangkat dan harta adalah anugerah Allah, dan
dunia hanyalah persinggahan dimana kita akan mencemarkan ia dengan dosa dosa.
Keep on berusaha guys! Sentiasalah positif! Kita akan buat silap dan dari
silaplah kita belajar.
DAH DAH DAH... BYEEEEE